Sunday, September 2, 2018

Sucikan hati

Inspirasi daripada Tuan Guru Nik Aziz.

Hati yang kotor akan menarik minat syaitan untuk mendekati hati seseorang, sehingga semua bisikan hati yang didengari adalah bisikan syaitan yang mengajak kepada keburukan. Sebaliknya jika hati itu bersih, maka malaikat (dan Allah) akan menjadi pendampingnya sehingga semua bisikan hati yang didengari adalah bisikan malaikat dan tuhan yang mengajak kepada kebaikan dan ketaqwaan. Ini dapat dibuktikan dalam surah as-syams:
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)


وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

-Sura Ash-Shams, Ayah 8-10

Ini membuktikan bahawa usaha membersihkan hati itu diperlukan bagi mendapatkan hati yang cenderung kepada kebaikan. Ini juga bermakna syaitan berhak untuk mengilhamkan kejahatan jika seseorang itu mengotori hatinya, lantas terus hanyut dalam maksiat, dan Allah tidak akan mengilhamkan kebaikan jika dia malas untuk menyucikan hatinya.

No comments:

Post a Comment