Tuesday, December 7, 2010

Do we love ourselves ?


This statement often attacks us when we make some mistakes... we did not understand fully about this thing. this make us think of why we hate ourselves of being human in this world. We feel like want to sleep forever to avoid problems and more problems came. We feel exhausted. We feel miserable. We feel uncared, dishonest, and most importantly, We feel like We are the one who cheated our own life...

We know that what We've had done is wrong in Islam.We "know" that there is a punishment of what we did. We know that Allah is watching us. But it seems like no meaning to us. It has no effect on our life. We feel so confused with ourselves. Will anybody help us ??? NO.

We've to help ourself to change into better human. " Allah will not change the destiny of ones group accept they change themselves ".

So what ?

what must We do to change ?

We have two things in my life that would change us forever.

Al-Quran & As-Sunnah

only we decided, have it or leave it.

IT'S UP TO US !!!

Friday, November 5, 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah.... pada masa ini aku masih boleh bernafas.

Alhamdulillah... pada detik ini aku masih boleh melihat.

Alhamdulillah... pada detik ini Allah masih memberi saya peluang untuk menulis...membaca...berfikir... dan yang paling penting...

Alhamdulillah... Saya dan anda dapat berada pada jalan yang benar... iaitu iman & islam...

Tiada lagi Nikmat yang paling berharga selain daripada itu...
Itulah Yang Dikatakan Allah Maha Penyayang...Maha Pemurah...



Assalamualaikum !!!
Pertamanya... Terima Kaseh Kepada semua follower saya yang setia membaca blog saya...
tanpa anda...jatuhlah 'ranking'sye....hihihi

....insyaallah saya dan rakan2 akan membuat satu lagi video Khas pada Annual Dinner pada 13 november 2010...


Ha...jangan lupe, siape yg x byr duet jamuan lg...bayar ahad ni...last....
harap semua pakai baju raye tau !!!


...selingan....

sebenarnye... x de pape pon nk citer,
cume lega sket sebab 3 minggu dok tension periksa...so I just release my tension by Writting....muahahahah

(krik2)

So...Harap Semua terhibur dengan video ini !!!


Thursday, September 16, 2010

presentation gune software BARU !!!

hurmm...

satu pembaharuan telah dibuat untuk memperbaiki presentation yang lama...so enjoy !

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Ziarah, Maaf, Duit, Mercun.
Itulah makna raya dalam diriku.
tiada sikap "gembira kerana kemenangan " yg sering dikatakan dalam kitab2.
So. Apakah makna Raya yang sebenarnnya ?
Adakah pada kuih raya ?
@ baju raya ?
ataupun pada kad raya ?

Walaubagaimanapun, Raya masih menghiasi relung hatiku...
kerana Maseh menziarahi kedua-dua nenek moyang kte.

Walaubagaimanapun, Raye ttp berada di hatiku...
kerana tetap mengekalkan tradisi "bermaafan"dalam kalangan ahli keluarga.

Walaubagaimanapun, Raya senantiasa membelenggu diriku...
kerana sentiasa memberi uang yang cukup lumayan...( x semua ye...)

Walaubagaimanapun, Raya mesti menghantui diriku...
kerana......setiap kali raye, mesti ade mercun....kan ???...haha

X de pape...saje pancheng, jgn nanges tau...huhu
Saje nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN !!!

Selamat Hari Raya

Friday, August 13, 2010

matlamat hidup

Matlamat Hidup Manusia
www.iluvislam.com
Di hantar oleh : Kubakoyo
Editor : arisHa27




Saban hari saya melihat masyarakat di sekeliling saya mempunyai banyak masalah sosial, masalah keperibadian dan masalah jiwa serta agama manakala saya pula berada di pejabat sibuk menyelesaikan masalah teknikal di negara orang lain. Jadi terdetik rasa bersalah.

" Kenapa saya tidak boleh melakukan sesuatu untuk merubah? "

Pernah saya terfikir untuk menjadi artis kerana saya rasa saya boleh menyanyi. Dengan menyanyi itu saya boleh mendekati masyarakat untuk menterbalikkan cara pemikiran mereka tetapi saya tidak berani untuk melangkah ke mana-mana ujibakat. Lalu saya memilih untuk menulis saja memandangkan penulisan bukan bidang saya maka saya menulis sekadarnya dengan harapan orang memahami maksud penulisan saya.

Itu objektif penulisan saya ini iaitu menyampaikan rasa hati. Semua benda mempunyai tujuan kewujudannya hatta seekor semut sekalipun. Apatah lagi perkara paling besar untuk setiap manusia iaitu kehidupan. Objektif hidup kita dan objektif tulisan ini bukan secara kebetulan adalah sama dan serupa.

Oleh kerana kehidupan kita bukan kehendak kita, bukan pilihan kita, bukan perancangan kita tetapi perancangan Tuhan maka objektif kehidupan kita ditentukan bukan oleh kita sendiri tetapi ditentukan oleh penciptanya iaitu Tuhan. Namun, tidak sukar untuk mengetahuinya kerana Tuhan telah meletakkan objektifnya di dalam diri kita hanya tinggal untuk diri kita mencarinya.

Objektif hidupsetiap manusia adalah sama. Matlamatnya bukan untuk beribadat, bukan untuk Tuhan, bukan untuk pahala, bukan untuk syurga tetapi untuk bergembira. Saya tahu saya kedengaran menyalahi agama namun jangan cepat menghukum saya kerana saya pasti akan terangkan semua perkara ini.

Ya, Tuhan mencipta seluruh penciptaannya agar manusia itu
BERGEMBIRA.

Seorang muslim berkata kepada saya ;

" Hidup dan mati muslim adalah untuk Allah. Bukan untuk bergembira berseronok sampai lalai daripada menunaikan ibadat. "

Begitulah kata ‘sahabat' saya itu.

" Oh, solat itu tidak menggembirakan rupanya? "

Dahulu kita sering diajar oleh para motivator untuk memiliki cita-cita, iaitu objektif hidup. Terdapat pelbagai cita-cita di dalam setiap fikiran berdasarkan latar belakang masing-masing. Kebanyakan pelajar, cita-citanya yang wujud dalam bentuk pekerjaan seperti doktor, guru, perdana menteri kerana seringkali cita-cita dikaitkan dengan profesion. Orang dewasa pula, cita-citanya mungkin untuk memiliki tiga buah banglo, menunaikan haji, memiliki isteri atau suami dan memiliki pernigaan menguntungkan.

Saya rasa selepas ini saya perlu ke rumah orang-orang tua pula untuk bertanyakan cita-cita mereka. Pasti menarik. Walaupun berbeza semua cita-cita itu sebenarnya ialah jambatan-jambatan kepada satu perkara yang sama. Ya, kebahagiaan. Lebih tepat lagi, kebahagiaan itu memberikan rasa apa?
Rasa gembira.

Berbalik kepada perkara yang 'sahabat' saya katakan tadi.

" Kalau hidup dan mati awak kerana Allah, tidakkah ini membenarkan saya bahawa objektif hidup ini ditentukan Allah? Kalau objektif ini ditentukan oleh Allah, bermakna Allah bukan objektif hidup kita. Tak cukup rasional? Kalau objektif hidup manusia untuk Allah, tidakkah itu bermakna Allah berkehendakkan sesuatu daripada manusia? Bukankah itu sudah menyalahi sifat-sifatNya? "

Maka lebih tepat untuk kita katakan hidup ini untuk beribadah. Diciptakan manusia itu untuk beribadah. Di sini perkataan ‘ibadah' itu pula mempunyai definisi yang luas. Bukan semata-mata ibadah khusus tetapi setiap perbuatan atau amalan muslim adalah ibadah.

" Jadi sekiranya ibadah itu luas pengertiannya maka di mana hadnya? "

" Sudah tentu perbuatan jahat atau mungkar bukan lagi ibadah, kan? "

" Atau bolehkah kalau saya katakan, semua perkara yang muslim lakukan untuk menyenangkan hatinya (bergembira) dan juga menyenangkan hati (menggembirakan) muslim-muslim yang lain adalah ibadah? "

" Makan untuk menyenangkan perut sendiri dan mendapatkan tenaga untuk membantu muslim lain adalah ibadah. Berkerja untuk menyara diri dan keluarga dan memberi tenaga kerja untuk muslim lain adalah ibadah. Solat untuk menenangkan hati sendiri agar dapat menenangkan pula hati muslim lain semasa muamalat harian adalah ibadah. Nahi mungkar (melarang perkara yang menyakiti orang lain), amar makruf (menggembirakan orang dan menyuruh orang menggembirakan orang lain) adalah ibadah. Bukankah ibadah-badah ini yang akan menjadikan bumi ini syurga yang dipenuhi senyuman, gelak ketawa, ketenangan, persahabatan, keharmonian, kasih sayang, cinta dan ruh-ruh syurgawi? "


Inilah pendapat saya. Tuhan mahukan sesuatu yang sesuai dengan penciptaanNya yang cantik, indah dan sempurna.

Maka ibadah itu bukan objektif tetapi ianya adalah cara-cara untuk mencapai objektif akhir iaitu kegembiraan atau kebahagiaan kepada semua.


Ada juga muslim berkata dengan penuh semangat ;

" Hidup saya untuk berjihad di jalan Allah, untuk menghapuskan semua kafir laknatullah. "

" Apakah yang lebih buruk daripada seorang muslim munafik, hidup dengan nafsu amarah dan minda tertutup berjaya menakluk sebuah negara bukan Islam yang hidup aman damai dengan nilai-nilai kemanusiaan, sivik, moral dan keilmuan yang tinggi? "

" Saudara, jihadlah untuk diri sendiri dahulu, dan ketahuilah tujuan jihad untuk menyebarkan rahmat, bukan agama. "

" Saya yakin pasti ada yang terperanjat. Bukankah dakwah Rasulullah menyebarkan agama? Agama Islam? ".


Dakwah Rasulullah menyebarkan rahmat, keamanan, ketamadunan dan ilmu yang tinggi, bukan Islam. Kerana itu di Madinah ketika di bawah pemerintah Rasulullah masih ada kaum Yahudi, masih ada penganut Kristian, ahli-ahli kitab dan agama-agama lain.

Fahami maksud saya, dakwah kita (muslim) untuk menyebarkan objektif kehidupan tuntutan Tuhan iaitu Dia mahukan makhluk-makhlukNya hidup gembira (rahmatan lil ‘alamiin). Dan untuk tujuan itu, kita mencadangkan caraNya yang diredhai Allah yakni Islam. Rasulullah tidak pernah memaksa penduduk bumi memeluk Islamkerana baginda menghormati hak setiap individu, supaya tindakan yang timbul itu datang daripada hati dan bukannya bukan paksaan.

" Tiada paksaan di dalam beragama, bukan? "

" Namun, sekiranya seorang penduduk Madinah mencuri, Rasulullah akan menghukumnya tanpa mengira agama tetapi kerana perbuatan mencuri itu adalah kezaliman. Tidakkah ini jelas? "

Sebarkan kegembiraan dan sesuaikan dengan kepercayaan saudara, berhujahlah, cadanglah cara-caranya iaitu Islam. Benar, Islam itu adalah cara atau prinsip bukan tujuan hidup.

" Kenapa perlu ada agama? Untuk apa Islam ini? "

Sudah jelas kalau saya mahu hidup gembira, jiran saya juga mahukan kegembiraan, keluarga saya, rakyat-rakyat di negara saya, malah semua mahu gembira. Tidak pernah ada manusia mahu hidup yang berduka.

Kalaulah satu kegembiraan itu umpama seketul emas, adakah anda ;

A. sanggup untuk membahagikannya atau;
B. mengambil ketul emas itu untuk awak seorang?

Adanya agama, atau mana-mana agama adalah untuk memastikan semua manusia memilih jawapan A. Tuhan mahu kita membahagi-bahagikannya kerana Tuhan tidak pilih kasih, Tuhan maha adil, maka ya, kita kena bahagi-bahagikan kegembiraan kita dengan semua kerana itulah Tuhan memberikan agama iaitu cara-cara atau lunas-lunas untuk hidup dengan betul.

Akan tetapi, dengan hukum feqahnya, tasawwufnya, tauhidnya, hukum syariahnya, malah dengan perbahasan-perbahasan yang kompleks itu agama Islam seringkali tampak menyusahkan dan bukannya lagi menggembirakan di mata anak muda sekarang.

Semakin berkembang penglibatan anda di dalam muamalat semakin berkembanglah
ke'kompleks'an agama itu untuk anda kerana anda perlu menganggarkan kegembiraan ramai manusia yang lain-lain kehendak hatinya.

Rumusan di sini, laraskan kembali tujuan hidup. Hidup ini untuk bergembira. Dunia ini diciptakan sebegini indah untuk anda menikmatinya. Maka, gembirakan diri anda. Pada masa yang sama jangan biarkan kehendak anda untuk bergembira meragut kegembiraan orang lain yang mempunyai perasaan sama seperti anda. Maka cubalah hidup berdisiplin dengan disiplin yang menggembirakan iaitu Islam.

Akhlak paling mulia seorang manusia ialah, kegembiraan saudara-saudaranya diletakkan di hadapan kegembiraan sendiri. Aajaibnya seorang hamba Allah yang beriman ini, dengan menyaksikan orang lain bergembira, dia akan gembira. Andai dia mengetahui saudaranya berduka, dia akan lebih berduka dan berusaha untuk menghapuskan duka saudaranya itu walaupun dia terpaksa bergadai nyawa. Oleh kerana hatinya amat dekat dengan Tuhan, dalam perjuangan membela saudaranya itu, dia sebenarnya sedang bergembira dengan kegembiraan yang sukar difahami oleh orang kebanyakan.

Orang Islam pasti tahu siapa yang saya maksudkan. Ya, Rasulullah pejuang keadilan. Baginda sanggup bergadai nyawa untuk menghapuskan kebatilan. Baginda jelas sekali mahu melihat semua manusia tidak kira siapa bahagia dan gembira. Meskipun perjuangan baginda dipenuhi ranjau duka, Rasulullah adalah insan yang paling banyak dan paling manis senyumannya.

Saturday, August 7, 2010

KLUE....CLUE....

CLUE???

CLUE APER YEK???HARAPAN : _ _ _I

SHH...JGN BGTAU ORG LAEN TAU...AGRESIF : (13)(21)(1)(26)

NI....SYE ADER KLU ( ANUGERAH MPA 2010 !!!)KARISMA : AIR KOTAK SURAU

NK TAU SAPE???SPORTING : NI KULIM KE NASYID ??
?
DEKAT DI HATI : RASENYE??? HAHA... nm

Monday, June 7, 2010

ishk....hampeh nyer abang

ALHAMDULILLAH.....kte dpt idup lg di hari yg bhgia gle bg sume student....krana dpt cuti slama 2 minggu...tak po eh...tu den x kesah....ble naek kete time balek umah, daddy(abi) ku berkata...."hendaklah kamu bersabar...krana abangmu yg tersayang telah meminjam komputermu.....hahaha"_terdapat unsur tokok tambah tolak disitu_
iyolah...den ni bukanlah org nogoyee, tp klu cuti tnpa komputer....mcm ais x de krim la...tgk formula ni : ais + krim = aiskrim....tp klu ais - krim = ? (jwpn disediakan di bawah sekali, he)

bile bgtau psl formula nih....sye (juz call me ana) bru tringat psai priksa bru2 ni.....
pergh....susah gile chemistry....klu hfl....hehehe....
kene hapai semua no.....ion2 hampeh tu....skali ngan istilah skali.....fuyio....
tp x kesahla.....yang lepas tu lepas....tp yg belum lepas ni mcm mane???
heyia....karangan gua...banyak titik ooo....











x psl2 kene plak ngan prikse BI.....lg best....suroh pileh tajuk....I pilih tajuk is computer game is better than outdoor activities??? gimme some skin!!! ....tu x delah

I dgn banggenye bgtau....."Frankly I will choose computer games, because...."alamak x ingat da....ni hadis maqbul separuh jln je nih....huhu

Wah2....minggu ni dh bape dose dah aq buat....jgn ckp 2 @ 3....malah lg sket....hahaha...
ckuplah skader itu....akhir kalam....aqulu qauli haza, waastaghfirullah li walakum....wassalamualaikum...

-ais kring-
haha...x lwk kn???

Friday, April 30, 2010

Majlis Perasmian S.A.M.T.S.H.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi allah tuhan semesta alam, selawat dan salam keatas junjungan kita, nabi muhammad sallallahu alaihi wasallam dan keatas keluarga baginda yang mulia.
Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin kini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Syarafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, setelah baginda berkenan mencemar duli serta merasmikan nama sekolah yang baru iaitu Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (S.A.M.T.S.H.). Buat julung-julung kalinya sekolah ini menerima lawatan daripada pelbagai pihak, serta mendapat pelbagai kemudahan infrastruktur yang mapan......
Ala...penatlah nak jadi reporter nih.
Sonang2 camnilah....
sultan datang....so ana ade wat montage utk sultan....ha, nilah montagenye




harap anda terhibur !!!

Saturday, March 27, 2010

Ujian....

subhanallah....banyak btul ujian yang menimpa...x kesahla ujian prestasi berapa pown...tp yg peliknya cepat btol...lps habis ujian prestasi 1 (up1), trus up2.....bak kate org "x sempat nak gelak pon"...(mengeluh...cewah).....
ni sekarang ni x tau nak study aper... fizik, kimia, bio, leh tahan lor...dh blaja. TAPI klu PQS (pendidikan quran sunah) mmg tak tau aper... maklumlah "albijanu sibukud din" (bijan?)
tak po eh....lantak pi la..

setelah mengulangkaji add math...( tepok tgn sket...bangga I ).., barulah ana sedar, yang alpha beta tu sebenarnya mewakili 2 root !!!... emang dasar...(???) tp syok gilela dpt citer kat korg sume (sebenarnye knape aku citer bende ni kat korg yer?)

x de pape...cume nak pesan... Klu dah rase pandai sgt... tiru mcm ana ni.... x blaja..
klu yg rase x pandai...mereka akan blaja dan terus maju...2020...yeah. (1 malaysia??)

pandainye ana nih.... sampai dh x nak blaja....kata2 dlm hatiku ni baru up2, blom lg SPM!!
smalam layan KCB ( bebudak x perlu tau ) nk nangis bler dgr die (azzam) baca kitab aqtoillah...sesiapa yang rasa dirinya zuhud dan tawadduk di hadapan allah...maka dialah orang yang paling sombong dan takabbur dalam kalangan manusia... pergh!! berderai air mata ( dlm hati...hehe )...ketika mendengarnya....

mungkinla pada pendaat ana....sesiapa yang rase dialah yang paling pandai ...maka diala orang
yang paling JAHIL ( lg teruk drpd bo#^$ ) di dunia....
rasenyla...

so...apa perlu buat???
shift your paradigm...(serius)...

Wednesday, March 17, 2010

senyumlah...

waduh.....sudah lama tak dgr lgu2 mcm ni....
tiada pengisian di dalam hati...
nak harapkan nasyid yang terkini...
langsung tidak berkualiti....
last2 pilih nasyid nazrey johani...
kumpulan raihan nama diberi..
klu nk ikutkan hati...
rase mcm nk undur kembali
zaman kecil2 dulu....hihihi...
daripada berpantun...baek dgr lagu ni....



Tuesday, March 16, 2010

Sultan nak datang....yeke???

Pada tanggal akhir bulan april 2010, keberangkatan sultan ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin. Baginda mencemar duli untuk merasmikan sekolah buat julung-julung kalinya setelah beberapa tahun sekolah ini didirikan, aiseh....macam nak bertitah plaque.

Sebenarnye sye sedang menyediakan satu presentation flash khas untuk sultan. x taulah sape suruh, syok sendiri kowt. Al-maklumlah dah form 4, nk berjasa kepada sekolah, ape salahnye kan?hehe...

adelah presentation yang x seberapa ni , dahla kojap, kabor lak tu....bak kate org n9....dah joki dio tokau....ape kaitannye yek???

lihatlah



papepon terpulanglah kepada pembaca article ni untuk men"gomen" bende nih....
harapan saya agar sume terhibur dengan video ini, cayalah....hehe.

Saturday, February 27, 2010

Nafsu

Cerita yang akan saya bawa ini, mungkin ada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati. Jika ada persamaan, ia adalah secara kebetulan semata-mata. Cerita ini akan diolah seakan-akan ia menjadi kisah yang benar-benar berlaku.

Cerita ini akan berkait dengan watak si A. Cuba gambarkan si A ini sebagai pelajar lelaki biasa, dan penampilan agamanya kurang (dari segi pakaian yang paling jelas), tetapi dalam masa yang sama dia tak berputus asa dalam membaiki amalan agamanya.
Situasi pertama. Pada suatu petang, A dan kawan-kawan (kaum Adam) berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah. Seperti kebiasaan persekitaran yang wujud adalah amalan mungkar seperti pendedahan aurat berleluasa. Namun bukan isu itu yang menjadi fokus utama.

Semasa dalam perjalanan membeli belah, kawan A menegur A dengan berkata, ” Ala, kau jangan jadi hipokrit la….rezeki dah ada depan mata, tengok je la, ko pun suka kan?”….

A hanya diam dan hanya dapat senyum kambing sahaja.

Situasi kedua. Pernah satu ketika A melihat sebuah drama bersiri Korea bersama-sama kawannya(kaum Hawa dalam tempat yang tak boleh menimbulkan fitnah). Dalam drama itu ada watak heroin dan watak perempuan penggoda yang akan mengganggu hubungan cinta heroin tersebut.

Untuk watak penggoda, maka pelakon itu diperlukan untuk kelihatan seksi, justeru kebanyakan aksesori pakaiannya adalah begitu mencabar nafsu kaum yang bergelar Adam.

Babak pada waktu itu penggoda tampil, tapi bukan dengan pakaian seksi. Apabila penggoda itu tampil, kawan A (kaum Hawa) pun berkata,”Ha…ni mesti kau suka tengok, sebab perempuan ni memang suka pakai seksi”….dengan nada yang sinis.

A pun menjawab…”Eh konfem la aku suka, mana ada lelaki normal yang tak tertarik dengan kecantikan wanita”.

Situasi ketiga. Pada suatu hari A bertemu dengan seniornya. A percaya padanya. Dan A senang berkongsi masalah dengannya. A mengatakan padanya bahawa A mempunyai masalah tentang bagaimana untuk mengawal nafsu.

Senior A ini adalah seorang yang amat praktikal dalam agama. Beliau boleh menjadi ustaz, beliau boleh menjadi seorang kapten dalam pasukannya dan beliau juga boleh menjadi seorang kawan yang baik.

Jawapan yang senior itu bagi adalah lebih kurang begini,” Ala rilek la, kau kan lelaki normal. Jangan bimbang la, selagi mana kau ada perasaan salah ni maka kau masih lagi seorang hamba Allah yang baik. Kau tak perlu mengunci nafsu.Kau kena pandai kawal nafsu. Iman pun turun-naik”.

Daripada ketiga-tiga situasi diatas, apa yang dapat kita simpulkan?

Apa yang ingin saya bawa disini ialah, manusia itu dibekalkan dengan nafsu dan akal. Manakala iman itu perlu dicari. Jadi bagaimana hubungkait antara ketiga-tiga elemen ini?

Orang yang pandai menggunakan akal, tapi tanpa bimbingan iman, takkan ke mana. Iman adalah sesuatu yang bernilai, apabila iman itu turun, walaupun kita sedar tentang perbuatan buruk itu, tetapi kita kan lebih cenderung untuk meneruskannya.

Dalam situasi pertama. Kawan si A, beranggapan dengan mengikut hawa nafsu, maka kita takkan menjadi hipokrit. Mungkin maksud dia adalah, jangan disangkal kehendak nafsu. Oleh kerana si A dan kawan-kawannya terdiri dari golongan biasa(bukan golongan ustaz), maka kawan si A mengeluarkan pendapat sedemikian.

Dalam situasi kedua. Kawan si A (kaum Hawa), menegur A dengan nada yang sinis. Mungkin dia beranggapan bahawa lelaki yang kurang alim penampilannya memang suka melihat maksiat. Manakala lelaki yang alim, tidak mempunyai nafsu.

Dalam situasi ketiga, senior si A memahami hubungkait diantara elemen akal, nafsu dan iman.

Manusia dibekalkan nafsu. Kita tak boleh menafikannya. Tetapi manusia dibekalkan akal. Dalam masa yang sama tak ramai orang berjaya mengawal nafsu hanya dengan bantuan akal semata-mata.

Akal sepatutnya digunakan untuk mencari hidayah dan taufik agar kemanisan iman dapat dirasa. Apbila iman subur didalam jiwa, maka ia dapat memandu akal untuk mengawal nafsu, dan bukannya mengunci nafsu.

Akal tanpa panduan iman, mungkin akan cuba mengatasi nafsu dengan mengunci nafsu. Adakah nafsu ini sesuatu yang buruk dan memang perlu dikunci? Adakah Allah bagi nafsu kepada manusia hanya untuk dikunci? Jadi, apakah tujuan dicipta Hawa dari jenis Adam itu sendiri?

Nafsu itu perlu dikawal. Bukan perlu dikunci. Disini saya tak akan menyentuh bab-bab untuk mengawal atau mengunci nafsu secara terperinci. Tetapi kepada para remaja yang berhadapan dengan masalah nafsu, jangan mudah berputus asa kepada Allah. Allah ada berfirman dalam ayat 53-55, Surah Az-Zumar yang mana maksudnya, Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya walaupun dosa itu begitu besar. Dan Allah juga menerangkan tentang cara-cara mensucikan diri(untuk kembali padaNya), yakni dengan berpandukan wahyu yang diturunkan.

Lihat betapa Allah tidak mahu hambaNya berputus harap dari Nya. Allah bukan sahaja memberi peluang tetapi Allah juga memberi panduan tentang macam mana untuk kembali padanya. Bukankah ini satu motivasi yang paling berharga?!

Begitu untungnya orang Islam mempunyai Tuhan Yang Maha Pengampun!

"dipetik dari www.iluvislam.com"