Saturday, December 19, 2009

إنا لله وإنا إليه راجعون

sejak dari tingkatan 1...ana mengenalinya...
setiap kali menatap wajahnya, hatiku tenang sekali
masihku ingat tika beliau mengajarku tafsir hadith
dengan kesebarannya melayan karenah pelajar
dengan ketabahannya memberikan kitab bible untuk membandingkanya dengan al-quran
dengan senyumanya.....merawat kegelisahan hati

ana berada di tingkatan 2....beliau masih lagi mengajar....mengajar dan terus mengajar
walaupun beliau sudah menunjukkan tanda-tanda....
dengan tongkatnya beliau sanggup naik ke kelas tingkat tiga...(2 firdaus)
dalam hatiku berbisik "sanggup orang yang berumur 60-70an yang sakit ini naik ke kelas semata-mata
hendak mengajar kami???"

tahun ini...tahun pmr
hatiku leka seketika
untuk mengingati dan mengambil berat tentangnya
akan tetapi...yang pastinya
beliau telah menjalani pemedahan kerana penyakit kencing manis!!!
alangkah terkejutnya ana melihat leher beliau dibaluti....
namun
semangatnya untuk mengajar tetap beliau teruskan
hari demi hari
minggu demi minggu
ana sudah melihatnya semakin sihat....
hatiku sangat gembira melihatnya gembira
hatiku sangat gelisah apabila melihatnya gelisah

...
...
...
sabtu, 11.05 mlm, laman facebook: "ustaz salehan br saje pergi ke rahmatullah......."
إنا لله وإنا إليه راجعون
hatiku retak seribu
bak kaca dibaling batu
baru ku tahu
tiada guru setandingmu....
Ust. Salehan bin Ahmad....
-Al-fatehah-

No comments:

Post a Comment